Catatan Abu Saif :
“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk
Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus
cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka.
Cinta Allah, itu
yang utama”, kata seorang yang lain.Termenung saya membaca
ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam
lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda
meluahkan kekecewaan. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?
Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki? Wanita gila harta? Hanya Allah
sahaja yang ’setia’?
Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam
artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap
benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.
Apakah
ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan?
Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada
gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.
Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?
Habis,
mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan
berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia?
Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?
Tidakkah
kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap
memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?
“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu
alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan
berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan
berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang
yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi
berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan dagin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment